Kisah Kucing

Kisah Kucing
#budak sekolah

Sunday, 7 December 2014

Perkara Menarik Kucing Parsi atau Kucing Persian

Kucing parsi atau persian merupakan kucing yang digemari kerana sifat manjanya dan displinnya. Ada beberapa perkara yang kita perlu tahu sebelum mula membela kucing persian ini:

Kelebihan:
1- Manja. Kucing persian tiada yang liar di dalam hutan. Sifat semulajadinya adalah manja dan jinak. Terutamanya dengan kanak-kanak. Kucing persian sangat suka dipegang atau dipeluk.
2- Berbulu panjang. Kucing persian sentiasa panjang, kembang dan gebu. Jadi ia akan kelihatan cantik dan disukai kanak-kanak.
3- Suka bermain. Kucing persian memang aktif dan suka bermain dengan apa sahaja. Oleh itu sebaiknya, pemilik kucing ini menyediakan permainan seperti bola dan tikus mainan. Walaupun begitu, kucing persian tidaklah sehingga memanjat dan berlari sekeliling rumah.
4- Cepat mesra. Kucing persian cepat mesra dengan sesiapa sahaja. Tetapi biasanya ia akan lebih manja dengan pemilik mereka. Kucing persian juga mudah mesra dengan BINATANG lain di dalam rumah. Di luar negara, kucing persian di gaulkan dengan anjing dan kambing.

Kekurangan:
1- Perlu penjagaan rapi. Kucing persian memang WAJIB disikat setiap hari/selang dua hari. Ini tidak boleh diabaikan kerana bulunya mudah bergumpal dan kusut masai.
2- Masalah Hairball. Oleh kerana bulu yang tidak disikat dan mudah tertanggal, apabila kucing persian ini menjilat bulunya, bulu tersebut akan ditelan dan berkumpul di dalam perut dalam kadar yang banyak. Kucing persian akan mula sakit perut. Ada orang membawa kucing makan rumput di luar dan selepas makan, kucing akan memuntahkan hairball.
3- Masalah bulu gugur. Kucing persian selalu mengalami masalah bulu gugur. Ini kerana musim panas/suhu panas di dalam rumah. Kucing persian perlu duduk dalam rumah yang sejuk/berangin ataupun yang terbaik ialah dalam suasana AIRCOND. Kadang-kadang masalah kutu juga menyebabkan bulu gugur. Kucing persian perlu makanan tambahan (vitamin/minyak ikan salmon/dan lain-lain) supaya bulunya cantik dan tidak gugur.

Tips membela kucing persian:
1- Patuhi jadual vaksin dan anti cacing (deworm) kucing untuk elakkan penyakit tidak diketahui.
2- Kucing yang ditinggalkan bersendirian (kerana pemilik keluar berkerja), perlulah di letakkan teman (Kucing Persian lain/kucing jenis lain/binatang lain). Kucing persian memang setia kerana ia akan menunggu tuannya pulang. Ia akan tunggu untuk bermanja dengan cara duduk berdekatan tuannya ataupun tidur di atas riba tuannya.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?

Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?
Jawapannya, kulit haiwan ini mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia.
Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 
 
Kajian Yang Dijalankan  
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya. 
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dantaphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadis-Hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”
Kabsyah menjawab, “Ya”.
Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). 
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.
Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.
Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.